CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 20 Ogos 2009

CINTA DAN BAS...

Tahu tak...?!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..xde tempat duduk."Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti x selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas
yg datang tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg
tadi tp kali ni awak kata, "Emmm....xde air-cond.... cuaca pulak
panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan
mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak
perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula
panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu x sebegitu sempurna.. Dan kemudian
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg
salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang
utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu
adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan
bahawa bas tu x akan rosak di tengah jalan atau maybe
bas tu x terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa
yg awak idamkan tu memang x salah.


Tapi, x salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang
pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x
sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya
tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti
awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-
nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak
buat x faham dan pura-pura buat x nampak awak dan terus
berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg
perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk
mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak
akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.


Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada
awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya
terpulang pd diri awk. Dan bila awak berjalan, awak
sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta....